Thursday, October 29, 2009

Jumlah Wang Saku Harian Anak Sekolah Rendah

Dalam tinjauan yang di buat melalui laman sosial facebook, kebanyakan responden mengatakan amaun duit saku yang diberi kepada anak mereka di lingkungan Rm 1.50 sehingga RM 5.00. Majoritinya adalah RM 2.00. Saya merasakan apabila saya memberi RM 2.00 kepada anak saya setiap hari, ia terlalu kecil, namun hakikatnya majoritinya adalah sebanyak itu tanpa mengira latarbelakang ibu bapa mereka. Ada yang cikgu, profesional, pilot dan ahli perniagaan. Hampir semua dari mereka mengatakan tiada komplen dari anak mereka dan sebahagian dari mereka membawa bekal ke sekolah.

Di antara komen-komen responden:-

"rm1.20,; which is 60sen for nasik lemak/mee and another 60sen for kuih/kepok lekor. air masak bawak sendiri.
skola ugama petang, kalau dorang pandai bodek n buat muka seposen, dapatlah lagi singget kalu tak, memang tak bagi sbb baru lunch. skola pun cuma 2 jam jer.."


"RM2 kalau hari biasa. RM3 kalau ada pendidikan jasmani. Sebab dia sekolah dari 11.30am sampai 6.30pm setiap hari."


Yang mengejutkan masih ada juga ibu bapa zaman moden ini tidak membekalkan wang saku sebaliknya membekalkan dengan makanan. Ibu bapa begini sangat saya hormati. Namun begitu saya masih berpendapat seharusnya elaun harian tetap diberi namun di simpan dengan baik.

Ini antara komen ibu/bapa tersebut:-

"Doc, saya memang dari sekolah dulu pun budaya bawak bekal ke sekolah. Dapat wife pun budaya sama, so anak-anak pun sama lah. Dari 6 anak, cuma yang nombor 2 komplen, tapi dia tu memang kuat makan.
Masa my daughter sekolah kat Oman dulu, memang wajib bawa bekal, and cikgu actually check bekal hari-hari (masuk dalam buku rekod dia), kalau bekal untuk tea-break and lunch sama, or bekal hari ni and yesterday dua-dua ada daging, memang akan dapat note about makanan seimbang."


"anak sulung saya dari tadika smp sekrg (form3) xpernah bawa duit belanja, bawak bekal & air...xpernah mintak duit pun, & xmalu nk makan bekal roti je...ank dara lg 2 org tu pun sama, cuma kdg2 bwk bekal pg sek, bwk balik & mkn kat rumah...diorg ckp, msa rehat buat keje, xde msa nk makn.."


Ada juga ibu bapa yang memberi duit saku yang mewah. Tiada salahnya kerana perbelanjaan anak-anak ini dipengaruhi oleh kebiasaan ibubapa juga. Selagi mampu, apa salahnya?.

"Primary school??? I gave him RM5. I observed couple of sen left for his tabung. RM10 per week for prepaid"

Kesimpulannya:

1. Majoriti memberi RM 2.00 sehari
2. Kanak-kanak peringkat umur ini tidak kisah jumlah amaun duit saku mereka, mereka akur dengan pemberian ibubapa tanpa banyak soal.
3. Kanak-kanak peringkat ini hampir kesemuanya membawa bekal makanan dari rumah tanpa segan silu atau curiga, tiada ego yang kecundang malah mereka akan lebih berbangga dengan apa yang mereka bawa.
4. Kebanyakan mereka juga menghabiskan berapa pun duit saku yang diberi kepada mereka.

Akhirnya, dengan penemuan ini, mungkin kita boleh memulakan pendidikan perancangan kewangan yang baik untuk mereka, juga panduan untuk ibubapa.

Wallahualam


Dr Azman

JK 7.30pm

Wednesday, October 21, 2009

antara pengetahuan dan ego bapa

Baru-baru berjumpa dengan seorang bapa dan bercerita mengenai keperluan mengajar perancangan kewangan yang baik kepada anak-anak. Dalam banyak waktu, dia mengiayakan apa yang saya war-warkan bahawan penting untuk kita merancang dan mengajar mereka menyimpan walau sedikit tetapi berterusan. Dalam dia menyetujui pandangan saya ada juga dia memberikan komen-komennya.

Terlalu Muda. Katanya masih terlalu awal untuk menerapkan kawalan dan perancangan kewangan untuk peringkat bawah 12 tahun, jadi biarlah mereka berbelanja kerana ibubapa masih mampu memberi. Jika di sekat kemahuan mereka, nanti akan memberi impak negatif seperti merajuk, malas belajar dan sebagainya. Juaga untuk mengelakkan konflik anak-bapa, biarlah mereka berbelanja apa saja, maksudnya kalau perlu seringgit beri seringgit, kalau perlu lima ringgit beri lima ringgit. Katanya lagi, sebagai kanak-kanak apa sahajalah yang mampu dan ingin dibeli oleh mereka yang tidak mampu diberi.

Tidak memahami maksud perancangan kewangan peribadi: Katanya pada tahap pemikiran kanak-kanak bawah 12 tahun, hendak merancang sesuatu yang sepuluh sen atau seringgit terlalu kecil impaknya. Sukar juga bagi mereka untuk melihat 20 hingga 4o tahun akan datang. Jelasnya lagi, bila dah mempunyai gaji barulah penerapan ini di buat dan lebih memberi impak yang ketara.

Ibubapa kelihatan kedekut apabila cuba mengawal perbelanjaan anak-anak mereka.

Namun....

Pepatah mengatakan 'melentur buluh biar dari rebung' sangat sesuai di gunakan untuk anak-anak kita. Jika kita tidak melentur dari hari pertama kita memberi mereka elaun makan harian di darjah satu lagi, bila lagi harus kita menerapkan nilai-nilai perancangan kewangan yang baik. Adakah ini bermakna kita lebih menjurus kepada materialistik kerana menjadikan ia sesuatu yang penting untuk di beri perhatian?. Bukankah kita semua sedar bahawa apa jua pelajaran yang di beri kepada anak-anak kita di peringkat sekolah rendah adalah asas kehidupan mereka dan secara tidak langsung input asas merancang perbelanjaan dan konsep asas menyimpan harus diterapkan pada peringkat awal dan bermula dengan sepuluh sen sebelum menjadi seringgit, seratus, seribu dan sejuta ringgit?

Saya melihatnya sebagai ego ibubapa yang merasakan mereka mampu untuk menyara kehidupan anak-anak mereka dan iltizam untuk memberi yang terbaik termasuk memberi apa jua yang diminta, berapa jua yang diminta. Akhirnya anak-anak ini tidak menghargai nilai-nilai wang ini kerana ia terlalu mudah untuk didapati dan yakin bahawa ibubapa mereka akan sentiasa berkorban dan tidak kisah jika terkorban demi memenuhi kehendak material mereka.

Apabila tiba masa yang sepatutnya mereka harus belajar merancang kewangan sendiri itu, maka ibubapa menyedari bahawa mereka telah terlewat kerana anak-anak mereka terlalu bergantung hidup dengan mereka hatta saban waktu mengecek wang belanja walaupun telah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Di kala itu mungkin dia akan teringat bicaranya dengan saya pada hari itu......


Salam ingatan bahawa Allah Maha Kaya dan Memiliki segala Kekayaan Alam Semesta ini.


Dr Azman

JK 12.06pm

Thursday, October 15, 2009

KEMANA WANG RAYA

Syawal telah berada di penghujungnya walaupun masih kedapatan rumah-rumah terbuka di sana-sini. Lebih girang adalah anak-anak kita yang masih berterusan menerima sampul-sampul duit raya.

Apabila akaun di tutup setelah syawal berlalu, siapakah yang begitu prihatin bertanya kepada anak-anak kita jumlah hasilan mereka pada tahun ini. Apakah yang telah mereka lakukan dengan wang mereka. Adakah berakhirnya syawal, maka habis juga wang syawal mereka?. Sempatkah mereka menyimpan sebahagiannya sebagaimana yang di syorkan di hujung ramadhan itu. Jika semudah perkiraan yang kecil itu tidak dapat di laksanakan, bagaimana untuk menghadapi dan mengawal jumlah yang lebih besar dengan pelbagai tanggungjawab lain yang harus di penuhi?

Kemana wang raya anak-anak kita?

Saya telah memasukkan lebih 90% ke dalam ASW. Bagaimana dengan Tuan?

Moga apa yang kita ajari mereka hari ini memberi manafaat yang besar kepada diri mereka.


DR AZMAN
JK 7.25pm

Monday, September 14, 2009

DUIT RAYA

Sempena bulan syawal yang bakal menjelang ini, sudah pasti anak-anak kita akan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Peket-peket duit raya yang berwarna-warni ini akan menyerikan lagi kegembiraan mereka. Maka terbayang oleh mereka akan berbagai alatan permainan yang boleh mereka beli dan miliki. Jadilah mereka ini seperti kita ketika jahil kewangan dahulu apabila mendapat sejumlah wang yang banyak maka bermimpilah untuk membeli itu dan ini.

Realitinya anak-anak kita harus diberikan pendidikan yang baik-baik dalam menguruskan kewangan mereka. Apa yang harus diajarkan?

1. Jelaskan duit raya mereka adalah hak mereka
2. Duit Raya adalah juga sebagai pendapatan, dan pendapatan akan di pecahkan mengikut aturan yang dilakukan kepada elaun harian mereka.
3. Bincang apa yang hendak dilakukan oleh mereka, pastikan mereka tidak membeli keterlaluan dan membazir.
4. Saya mencadangkan menyimpan sehingga 40% dari duit raya mereka( anak-anak saya, saya pastikan sehingga 80%!)

Selamat Hari Raya dan Selamat Mendidik...


BKT NAGA
15/9/09; 10.57am

Thursday, August 6, 2009

Asas kewangan peribadi siri 10(sekolah rendah)

Bersedekah.


Amalan mulia ini juga harus dimulakan dari peringkat awal usia. Mulakan dengan memberi wang kecil untuk dimasukkan kedalam tabung kutipan derma yang biasanya diletakkan di kaunter-kaunter kedai runcit atau kedai makan. Kaedah yang biasa digunakan ialah membawa anak-anak kita untuk membayar makanan/barangan dan duit baki siling berikan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut. Lakukan berulang-ulang sehingga anak-anak kita sukarela untuk membayar harga makanan atau barangan yang kita beli atau sehingga mereka sendiri meminta baki duit bayaran untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

Selanjutnya beri input makna sedekah, hikmat sedekah, bersederhana dalam sedekah. Lakukan dengan memberi seringgit dua untuk diberikan kepada fakir miskin atau pemungut derma yang berada di hadapan bank, pasar atau tepi laluan jalan kaki. Bersedekah tidak perlu curiga dan mencurigai samada peminta sedekah itu benar atau tidak kerana itu adalah urusan mereka dengan Allah. Sesungguhnya yang memberi itu lebih baik dari meminta dan Allah menjanjikan tidak akan miskin orang yang bersedekah malah diberi ganjaran berganda-ganda bagai air yang berterusan mengalir. Jika terdetik tidak ikhlas, harusnya tidak payah beri. Itu sahaja. Jika kita mengajar anak-anak kita tidak berprejudis kepada sesama insan lain, insyaAllah dia akan jadi seorang yang pemurah dan berjaya malah kaya-raya.

InsyaAllah dengan sifat pemurah yang kita tanamkan dalam diri mereka akan menjadi kebiasaan, yang kemudian menjadi tabiat dan akhirnya menjadi karakter peribadi mereka.

Monday, July 6, 2009

Asas kewangan Peribadi siri 9(sekolah rendah)

Melatih membeli barangan sendiri

Seharusnya mulai dari kecil kita hendaklah melatih anak kita memegang dan memiliki wang untuk memberi barangan keperluan mereka terutamanya barangan 'kehendak' yang ingin mereka miliki. Bukan setakat membeli aiskrim atau gula-gula.

Sekiranya mereka inginkan sebuah permainan kereta dengan wang simpanan mereka, bawa mereka ke kedai permainan yang sepatutnya. Sebelum itu jelaskan bahawa mereka harus membayar sendiri, tahu spesifikasi barangan yang hendak di beli, bajet, pilihan barangan yang ada dan mendapatkan pada harga yang terbaik. Malah jika mampu ajar sedikit teknik tawar menawar bermula dengan merengek dengan penjual meminta harga diskaun seperti mereka merengek dari kita minta itu dan ini. Walaubagaimanapun janganlah keterlaluan sehingga memalukan diri kita sendiri. Boleh bermula dengan minta dia beritahu ' boleh murah sikit bang?. Ataupun meminta barangan sampingan hasil belian produk tersebut seperti yang selalu dilakukan kepada anak saya untuk memuat turun permainan extra dari tuan kedai!

Dengan itu kita melatih mereka menjadi berani berkomunikasi, berani menghadapi cabaran, berhemah, membuat keputusan dan yang penting mengawal perbelanjaan serta menghargai setiap nilai wang yang ada.

Akhir sekali tanya mereka adakah mereka berpuashati dengan keputusan membeli barangan tersebut an boleh memulakan ceramah yang agak panjang mengenai perancangan kewangan walaupun dia tengah khusyuk dengan permainan baru mereka!

Selamat berjaya mendidik anak kita menjadi jutawan-jutawan alaf baru yang berjaya dan beriman.

Dr Azman
JK 12:48pm
7/7/09

Wednesday, July 1, 2009

Asas Kewangan Peribadi siri 8 (sekolah rendah)

Instrumen simpanan anak-anak


Pada peringkat awal saya mempraktikkan perancangan simpanan untuk anak-anak ini, saya telah memasukkan ke dalam akaun di atas nama isteri kerana semasa itu anak saya hanya seorang. Apabila bilangannya bertambah menjadi dua, timbul persoalan pembahagian yang tepat dan tidak mengelirukan. Lalu isteri mencadangkan untuk memasukkan ke dalam tabung haji; alhamdulillah di tabung haji kita boleh membuka akaun atas nama anak-anak walaupun baru berusia seminggu dengan ibu atau bapa menjadi pemegang amanah. Sementelah biasanya sempena kelahiran baru kita menerima bermacam-macam hadiah dan duit dari rakan-rakan meraikan kelahiran baru!. Jika mereka memberi pilihan tunai atau barangan, saya lebih suka tunai dari barangan kerana kadang-kadang kita menerima 2 hingga 3 jenis barangan serupa.

Selepas itu barulah PNB memperkenalkan skim ASW yang terbuka untuk kanak-kanak 1 bulan keatas. Dan saya telah membuka setiap anak saya satu akaun. Rancangan saya ialah apabila mereka mencapai usia 18 tahun saya akan memindahkannya ke ASB kerana ASB selalunya memberi pulangan yang lebih baik.

Oleh kerana simpanan anak-anak lebih bersifat jangka panjang, seharusnya kita menumpukan kepada tabungan yang memberi pulangan maksima. Jawapan yang terbaik ialah skim yang di uruskan oleh PNB. Perlu di ingat, dari masa ke semasa simpanan ini akan ditambah dan bertambah terutamanya selepas musim hari raya, musim cuti sekolah, musim kenduri, selepas harijadi. Sebab itu tidak mustahil jumlah simpanan anak saya mencecah Rm 10,000 menjelang umurnya 10 tahun! Dan saya akan pastikan jumlah ini adalah asas untuk dia menjadi jutawan selewat-lewatnya umurnya 35 tahun.

Setelah melalui zaman persekolahan, selain punca simpanan dari musim-musim di atas, setiap minggu atau bulan, anak-anak akan mempunyai tabung 1 yang mesti di masukkan ke akaun ini dari masa ke semasa.

Teruskan usaha ini sambil menerapkan nilai-nilai murni menyimpan dengan betul sehingga ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya universiti dan bekerja. Apalah salahnya nanti sekiranya umur saya panjang saya akan sentiasa bertanya, dah berapa banyak simpanan jangka panjang anak-anak saya sekadar untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul; lebih baik dari ayahnya. Kegembiraan mereka, kegembiraan ibubapanya, kesengangan mereka kesenangan ibubapa mereka juga, sekurang-kurangnya tidak mengecek duit kita yang kita ingin laburkan pula untuk bekalan di akhirat kelak.

Kesimpulannya, pilihan instrumen simpanan:-

1. Tabung PNB seperti ASW,ASM,ASD,ASB,ASN- memberi pulangan di antara 5% hingga 9%
2. Tabung Haji- pulangan di sekitar 4%-6%
3. Saham-saham seperti Bank Rakyat, Bank Persatuan,Koperasi yang berjaya- sehingga kini berupaya memberi pulangan antara 10% - 15% namun jumlah saham adalah terhad dan minimal.

Bagaimana pula skim amanah saham unit trust?

Amanah saham unit trust membawa risiko yang sederhana tinggi walaupun pada masa yang sama berpotensi memberi pulangan yang tinggi, mungkin sehingga 20% setahun.
Sekiranya tahap pengambilan risiko saudara adalah rendah, lebih baik simpan di instrumen di atas yang menjanjikan kapital terjamin.

Sekiranya tahap pengmbilan risiko saudara boleh diterima pakai, sebaiknya tidak melebihi 30% dari jumlah simpanan dan pastikan saudara mempunyai sasaran beli dan jual yang saudara wajib patuhi. Kenapa 30%?, kerana dengan jumlah sekecil ini jika menjana 20% setahun, jumlah pulangan akan menyamai simpanan selamat yang memberi pulangan yang sama pada separuh masa yang diperlukan. Maksudnya jika meyimpan rm 10,000 memerlukan 30 tahun untuk mencecah 100,000, pada simpanan 3,000 dan pulangan 20% setahun ia mengambil masa 20 tahun sahaja. Di penghujung tahun 30, jumlah simpanan mencecah RM500,000 jika berjaya mengekalkan pulangan 20% ini. Namun begitu sekiranya berlaku sebaliknya, hanya 30% sahaja yang terlibat dan ianya masih dalam julat yang boleh di terima akal dan emosi.

Malah saya mempraktikkan teknik ini juga. Saya yakin mereka akan menjadi jutawan dengan disiplin yang mudah ini.

Dr Azman
2/7/09
BKT NAGA 13:58pm

p/s: Hari ini hari jadi saya dan anak saya amira aida iman yang ke 10

Tuesday, June 23, 2009

Asas Kewangan Peribadi Siri 7(Sekolah Rendah)

Duit Extra

Anak-anak kita selalunya rezeki sangat murah. Di mana mana kita bersandang terutamanya rumah datuk nenek mereka, selalunya adalah sumbangan berbentuk keping-keping duit biru. Apatah lagi apabila musim hariraya, hari perayaan, hari jadi dan hari bersunat untuk kanak-kanak lelaki.

Apa yang patut kita lakukan dengan wang itu.

Memanglah kesemua wang itu milik mereka, namun kita haruslah memberi nasihat yang sepatutnya. Semasa berumur 7 tahun, pastinya mereka terus memberi ibubapa mereka untuk disimpan, apabila berumur 10 tahun, kebanyakannya sudah ada agenda lain. Mereka sudah menyimpan angan untuk membeli itu dan ini.
Selagi mereka di bawah tanggungan kita, maka ibubapa mempunyai hak untuk mengatur dan memberi nasihat.

Cadangan nasihat adalah sebahagian dari pendapatan itu harus disimpan. Berapakah amaun yang sesuai?
Bagaimana jika 60% di simpan dan 40 % lagi kita benarkan mereka membelanjakannya mengikut kemahuan mereka sendiri. Jika setahun mengumpul RM500.00, sehingga mereka berumur 18 tahun(biasanya selagi mereka bersekolah, mereka akan sentiasa mendapat duit raya!) anak kita telah mengumpul RM 9,000.00!. Dengan keuntungan secara berganda, mungkin hasilnya mencecah RM 30,000.00, cukup untuk masuk universiti.

Begitulah adanya, langkah asas menjadikan anak kita jutawan.



Dr Azman
Batu3 SA 14:38pm
24/6/09

Friday, June 19, 2009

Asas Kewangan Peribadi Siri 6(Sekolah Rendah)

Anak orang miskin dan anak orang kaya


Anak orang miskin

Adakah anak orang miskin tidak mampu untuk menjadi kaya dan tidak boleh merancang kewangan mereka sendiri? Saya sentiasa yakin sesiapa pun boleh melakukannya asalkan mendapat dorongan, tunjuk ajar yang betul dan teknik yang sesuai. Mereka pun ada duit poket untuk belanja sekolah juga, mungkin tidak semewah anak orang kaya. Kalaupun mereka tidak membawa duit poket kerana membawa bekalan makanan dari rumah, banyak lagi kaedah-kaedah yang boleh kita ajar mereka untuk mendapatkan duit tambahan tanpa menjejaskan pelajaran mereka.


Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan kaedah di mana menggunakan beberapa kanak-kanak kecil menjual kalendar, minyak gosok di sekitar stesen minyak atas tiket beramal pada pukul 11.00 mlm! Pada saya itu sudah keterlaluan walaupun atas niat yang baik untuk mengajar mereka berusaha, berniaga dan beramal.

Berbalik kepada topik kita ini, katakan anak orang miskin hanya diberi duit poket atau elaun sebanyak RM 1.00 sehari. Dia masih boleh menyimpan 20 sen sehari, 1 ringgit seminggu dan 4 ringgit sebulan dan 40 ringgit setahun. Memanglah tidak banyak tetapi yang 'banyak' ialah budaya dan disiplin yang kita semaikan kepada mereka dan nilainya adalah mereka ini akan menjadi jutawan lebih dari anak seorang jutawan. Saya yakin yang ini.

Dari segi jatidiri anak orang miskin sedar akan situasi ibubapa mereka yang serba miskin lalu mereka tidak akan meminta yang bukan keperluan. Malah kebanyakan dari mereka akan menyesuaikan diri mereka dengan makan apa yang ada, mewarisi baju-baju abang mereka, berjimat dalam belanja, berusaha mencari sumber kewangan lain selain terus belajar seperti orang lain. Kesemua ini adalah sifat-sifat positif yang perlu, cuma apabila mereka dewasa amalan ini tidak terus diterapkan kerana sebenarnya mereka tidak menyedari kerana tiada sesiapa yang memaklumkannya. Pada mereka, sifat ini adalah sikap untuk mandiri atau 'self survival' bukannya sebagai ciri-ciri yang perlu di teruskan. Apabila tidak lagi berada dalam situasi 'self survival' ciri-ciri baik akan hilang dan di ganti dengan ciri-ciri baru yang mengikut emosi.

Anak orang kaya

Kehidupan anak orang kaya cukup mudah kerana semua kehendak dan keperluan hanya perlu di minta malah elaun harian pun boleh di tawar menawarkan. Dua ringgit tidak mencukupi, ayah boleh beri lima ringgit malah anak minta lima ringgit, ibubapa pula menyuruh anak-anak mengambil sepuluh ringit atas alasan belanja lebih sikit. Mereka tidak pernah merasai kesukaran, kesempitan dan mempunyai persepsi nilai kepada wang yang rendah kerana wang sangat mudah dengan hanya meminta.

Oleh sebab itu, ibubapa perlu memainkan peranan yang besar mendidik hal ehwal perancangan peribadi mereka dari mula kerana ia tidak diajar di sekolah. Pastikan setiap satu ringgit di beri, 20% adalah untuk simpanan samada ianya elaun harian, upah atau hadiah atau pemberian. Selain untuk di bazirkan dengan segala CD game, downloading games apa lagi yang mereka ingin belanjakan kerana makan dan pakai semuanya mencukupi.

Beringatlah yang kaya adalah ibubapanya, yang mempunyai pekerjaan hebat adalah ibubapanya dan yang menanggung risiko adalah ibubapanya. Apabila roda kehidupan masih cerah, semuanya akan kelihatan sempurna lalu bagaimana pula persediaan menghadapi mendung, kegelapan dan petir kehidupan yang dinamakan kesukaran.

Bersedialah dengan memberi satu-satunya ciri jutawan tulen iaitu ilmu yang cukup dan benar.


DR Azman
JK 18:33pm
19/6/09

Monday, June 15, 2009

Asas Kewangan Peribadi Siri 5(Sekolah Rendah)

Bila kita perlu membayar anak dan bila kita perlu menyuruh sahaja.

Apabila melibatkan aktiviti-aktiviti di sekitar rumah seperti membasuh kereta, memotong rumput atau mengecat pagar, adakah kita hanya menyuruh anak-anak kita menolong kita atau kita membayar upah kepada mereka.

Sekiranya kita membayar mereka upah pada setiap aktiviti itu, di khuatiri anak-anak kita akan terpahat di minda mereka bahawa apa jua yang kita ingin mereka lakukan akan ada ganjaran di sebaliknya. Saya merasakan keadaan ini akan membahayakan kedua-dua belah pihak. Anak-anak akan menjadikan upah satu alasan untuk tidak melakukan aktiviti tersebut jika tidak di beri ganjaran dan ibubapa akan sentiasa merasakan bersalah untuk menyuruh anak-anak mereka jika tidak memberi ganjaran.

Oleh itu, di manakah garis pemisah ini.

Perkara asasnya adalah ibubapa akan tetap menjadi ibubapa yang bertanggungjawab membentuk anak-anak mereka menjadi apa yang mereka acuankan.

Apabila melibatkan ramai ahli, perkara yang paling baik di lakukan ialah melakukannya dengan bersama-sama untuk menambah kemesraan. Anak-anak kita pun selalu merindui masa-masa kita bersama mereka dalam aktiviti mereka atau melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti kita. Isu upah tidak akan timbul.

Apabila kita mendapati adanya kemahuan atau keinginan anak-anak untuk membeli sesuatu yang di luar bajet simpanan mereka, kita boleh mengusulkan dengan memberi mereka tugasan khusus seperti membasuh kereta, memotong rumput atau membasuh kasut. Sayugia, janganlah sehingga ke tahap menyukarkan mereka.

Contohnya jika mereka ingin membeli sebuah permainan yang berharga RM 50.00, tetapi hanya mempunyai simpanan sebanyak Rm40.00, maka kita syorkan untuk membasuh kereta pada hari cuti nanti untuk Rm10.00. Setelah selesai, beri terus Rm 10.00 tersebut dan langsung bawa mereka membeli barangan yang mereka inginkan. Lihat akan keterujaan dan keseronokan mereka nanti.

Sebenarnya kita boleh terus sahaja memberi anak kita Rm10.00 untuk mencukupkan RM 50.00 itu, tetapi ia tidak akan membantu dari segi menghargai nilai duit dan usaha serta kenikmatan mendapatkan apa yang di inginkan dengan hasil usaha sendiri. Kebanggaan itulah yang ingin kita semai iaitu menghargai setiap usaha dan kejayaan dari usaha sendiri.

Oleh itu walaupun kita lebih dari mampu untuk memberi apa sahaja kepada mereka, pelajaran, kenikmatan dan penghargaan diri adalah satu pengalaman kehidupan yang paling bermakna.

Semasa sekolah rendah saya pernah berjaja keliling kampung menjual sayur, pisang dan di sekolah menjual buah mangga. Hasil dari aktiviti ini adalah satu pengajaran yang sangat berguna yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.

Buat keputusan yang baik untuk mereka. Mereka akan menjadi jutawan yang hebat.


Dr Azman
JK 13:02pm
16/6/09

Sunday, June 14, 2009

Asas Kewangan Peribadi Siri 5(Sekolah Rendah)

Peringkat ke 3.

Dalam peringkat ke tiga ini, elaun bulanan hendaklah diberi setiap bulan iaitu pada awal bulan.

Katakan sehari RM 5.00, maka sebulan adalah RM 100.00 ( 5 x 5 hari x 4 minggu).

Daripada elaun tersebut, 10% atau RM 10.00 untuk tabung 1 dan 10% (RM 10.00) untuk tabung 2. Oleh itu, elaun boleh belanja hanya RM 80.00 sebulan atau RM 20.00 seminggu atau Rm 4.00 sehari.

Mereka boleh berbelanja lebih dari RM 4.00 sehari tetapi pada hari lain terpaksa mengurangkan perbelanjaan atau mereka boleh membeli assesori PSP berharga RM 50.00 dengan syarat sekurang-kurangnya 15 hari terpaksa membawa bekalan makanan dari rumah!.

Setelah setahun tabung 1 akan mengumpul RM 100.00 (RM 10.00 x 10 bulan sebab 2 bulan tidak bersekolah).

Elaun boleh dinaikkan dari tahun ke tahun mengikut kesesuaian dan kemampuan tetapi jumlah simpanan akan tetap mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

Contohnya anda ingin menaikkan elaun(samada kerana kasihan atau memang kos sara hidup meningkat) kepada RM 150 sebulan, maka RM 30 akan dimasukkan tabung 1 dan tabung 2 dan elaun boleh belanja adalah RM 120.00 atau RM 30.00 seminggu atau RM 6.00 sehari.

Ikutinya selama mereka di sekolah rendah. Sentiasa beri nasihat yang baik-baik dan amalkan perancangan kewangan yang berhemah.


Dr Azman
JK 13:16pm
15/6/09

Jar Mayonnaise dan Prioriti Perancangan Kewangan

(teks ini dalam bahasa Inggeris)

The Mayonnaise Jar

When things in your life seem, Almost too much to handle, When 24 Hours in a day is not enough, Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class And had some items in front of him.

When the class began, wordlessly,He picked up a very large and empty mayonnaise jar And proceeded to fill itwith golf balls.

He then asked the students, if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again If the jar was full...

They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand And poured it into the jar.. Of course, the sand filled up everything else.He asked once more if the jar was full.

The students responded With anunanimous 'yes.'

The professor then produced Two cups of coffee from under the table And poured the entire contents Into the jar, effectively Filling the empty space between the sand.

The students laughed.

'Now,' said the professor, As the laughter subsided, 'I want you to recognize that this jar represents your life..

The golf balls are the important things - God, family, children, health, friends, and favorite passions - Things that if everything else was lost And only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter Like your job, house, and car.

The sand is everything else --The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' He continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life..

If you spend all your time and energy on the small stuff, You will never have room for the things that are Important to you.

So... Pay attention to the things

That are critical to your happiness.

Playwith your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time To clean the house and fix the disposal.

'Take care of the golf balls first --The things that really matter.

Set your priorities. The rest is just sand.

' One of the students raised her handAnd inquired what the coffee represented.

The professor smiled. 'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

Thursday, June 11, 2009

Asas Kewangan Peribadi Siri 4(Sekolah Rendah)

Antara Keperluan dan Kehendak

Seringkali kita sebagai ibu bapa kalah kepada pujuk rayu anak-anak kita untuk membeli barangan yang mungkin kurang berfaedah bagi mereka malah mungkin membazir.

Bagaimana hendak membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak. Bagaimana hendak mengatakan tidak pada masa yang sama tidak mahu di label sebagai ibubapa yang kedekut.

Dalam peringkat umur di bawah 7 tahun, hampir semua kehendak anak kita akan kita patuhi. Hasilnya bermacam-macam jenis permainan boleh kita dapati di dalam rumah kita. Sukar bagi kita untuk menolak keinginan mereka walaupun kewangan kita tersepit antara kehendak mereka dan keperluan kita.

Setelah menjangkau umur persekolahan, sebaiknya persepsi mereka harus diubah sebagai satu peringkat yang lebih maju, lebih matang. Dulu belum sekolah, sekarang sudah sekolah malah sudah ada elaun peribadi, oleh itu harus menerima tanggungjawab tersebut melainkan ibubapa sendiri yang masih masih berpegang kuat untuk memegang tanggungjawab itu sepenuhnya. Dan saya merasakan ia kurang tepat kerana sebagai ibubapa kita harus menyediakan struktur peribadi yang baik kepada anak-anak kita dengan melatih mereka memegang tanggungjawab dengan baik.

Harus di jelaskan peraturan-peraturan asas kewangan peribadi mereka dan tanggungjawab mereka dan tanggungjawab ibubapa.

Tanggungjawab ibubapa:-

1. Menyediakan elaun harian secukupnya
2. Menyediakan keperluan asas tempat tinggal, makanan dan pakaian
3. Menyediakan keperluan asas persekolahan seperti baju, buku, perjalanan selamat, kos lain-lain persekolahan, tuisyen
4. Memberikan kasih sayang sepenuhnya
5. Mendengar, melihat dan menasihat

Tanggungjawab anak-anak:-

1. Bersyukur mempunyai ibubapa yang menyayangi mereka dan mendoakan mereka
2. Menggunakan elaun harian dengan baik
3. Merancang perbelanjaan harian
4. Menyimpan apa yang patut disimpan
5. Tidak meminta yang tidak sepatutnya
6. Menyusahkan ibubapa dengan permintaan melampau
7. Berbincang dengan ibubapa

Dengan elaun harian sediakan garispanduan apa yang boleh dibeli dan apa yang masih menjadi tanggungjawab ibubapa dan barangan apa yang jarus di beli dari simpanan tabung 2 mereka.

Masih tanggungjawab ibubapa:-

1. Pakaian, Makanan, Buku, set geometri, alat tulis lain, majalah ilmiah, tengok wayang, belanja makan

Elaun harian digunakan untuk

1. Beli makanan dan air di sekolah

Tabung 2 dan simpanan dari baki elaun harian

1. Apa sahaja yang ingin di beli asalkan mencukupi seperti CD game, DVD, buku komik

Tabung 1

1. Jangan di usik!

Saya yakin apabila kita memperjelaskan matlamat yang ingin kita mahukan dari pengurusan kewangan begini, kita akan dapat menyakinkan anak-anak kita bahawa kita bukanlah seorang yang kedekut tetapi kita memberi mereka satu ilmu yang sangat berguna untuk diri mereka sendiri yang membolehkan mereka menjadi jutawan kelak. Kebiasaan ini akan terus ditanam dalam diri mereka walau di mana mereka berada.


Dr Azman
JK 11:42am
12/6/09

Tuesday, June 9, 2009

Nilai Wang kita Berbeza mengikut Masa

Perancangan kewangan yang baik mestilah mengambil kira nilai wang kita 10 hingga 30 tahun akan datang.

Contohnya, sepuluh ringgit pada tahun 1970an boleh membeli berbagai barangan keperluan rumah berbanding hari ini. Bagaimana pula 30 tahun akan datang?. Dalam tempuh 30 tahun lagi mungkin sepuluh ringgit hanya boleh membeli sebuku roti sahaja.

Oleh itu, konsep wang dan masa (The time value of money) perlu di ambil kira bagi memastikan perancangan persaraan kita sentiasa terjamin.

Cuba lihat formula-formula ini.

Oleh kerana rujukan formula ini dari sebuah buku bahasa Inggeris, saya mengalami kesukaran menterjemah ke Bahasa Melayu. Harap Maaf.
Izinkan saya.

Amaun wang masa hadapan

Katakan kita menyimpan sebanyak 2000 sekali pada hari ini(tak kisahlah RM atau Rupiah atau USDollar) dan simpanan kita menjana keuntungan 5% setahun, berapakah nilainya selepas 20 tahun?. Pengiraannya adalah seperti di bawah:

Future value = Amount invested x Future value Factor

Nilai hadapan = 2000 x 2.653 = 5306

Boleh juga kita mengira berapa amaun kita perlu simpan secara 'lump sum' untukmencapai amaun yang kita perlu pada sekian tahun.

Amount of money desired = Yearly savings x Future value annuity factor

Amaun diperlukan ialah 1,000,000
Tahun diperlukan ialah 35
Keuntungan tahunan 8%

Simpanan Tahunan = Amaun diperlu/ Future value annuity factor
= 1,000,000/172.314
= 5803.35 setahun
= 483.61 sebulan sahaja!!!!!!!!

Nilai wang Semasa pada masa hadapan

Nilai semasa ialah nilai pada waktu semasa akan datang di perolehi berdasarkan prinsip diskaun berbanding dengan gandaan untuk mengira keuntungan kan datang.

Present value = future value x present value factor

Amaun wang sekarang = 1,000,000
Nilai pada 35 tahun akan datang
Nilai inflasi 3%

Nilai 25 tahun lagi = 1,000,000 x 0.355 = 355,000 (sudah susut 60%)


Sebaliknya kita juga boleh mengetahui sekiranya kita mempunyai sejumlah simpanan dan bercadang mengambil elaun bulanan yang tetap, pada tempoh berapa lama simpanan kita boleh bertahan berbanding keuntungan tahunan simpanan.

Initial deposit = Annual withdrawal x Present value annuity factor

Katakan pada umur 55 ada wang berjumlah 1,000,000
Lama masa jangkahidup lagi = 30 tahun
Kadar keuntungan tahunan 7%

Ambilan tahunan = 1,000,000/11.258 = 88,825 setahun atau 7402 sebulan.

Ataupun jika anda ingin mengira berapa banyak wang perlu dikumpul untuk satu amaun bulanan yang tetap pada satu tempoh hayat yang ditentukan.

Pada umur 55 tahun, inginkan:-
Elaun bulanan = 6,000
Jumlah setahun = 72,000
Tempoh Jangka hayat lagi 30 tahun
Kadar keuntungan 7%

Perlu mengumpul wang berjumlah = 72,000 x 11.258 = 810,576


ps: perlu diingatkan nilai matawang sengaja tidak ditulis, oleh itu nilai nombornya adalah sama tanpa mengira samada ia dalam bentuk RM,RP atau USD.

p/s; Angka Future value factor, Present Value factor, future value anuitty factor akan dikeluarkan kemudian.

Monday, June 8, 2009

Asas Kewangan Peribadi siri 3(Sekolah Rendah)

Isu: Kedekut atau Mengajar?
Kebanyakan anak-anak kita di sekolah rendah diberi amaun elaun harian yang berbeza-beza. Berapakah amaun yang sepatutnya, berapakah amaun minima dan berapakah amaun yang melampau? Berapa pun amaun adalah hak ibubapa yang memberi mengikut kemampuan masing-masing.

Tetapi berapa ramai yang mengkaji adakah jumlah amaun yang diberi anak-anak mereka mencukupi, kurang atau melebihi malah mungkin keterlaluan.

Kenapa?

Dalam pengurusan kewangan yang baik, perbelanjaan mestilah berhemah, munasabah dan bersederhana. Sekiranya sehari hanya memerlukan RM 5.00, kenapa perlu memberi mereka RM 10.00, malah RM 6.00 pun sudah di kira sebagai pembaziran.

Contoh pengiraan mengikut standard sekolah di Shah Alam yang saya merasakan tidak banyak bezanya di semua sekolah bandar di Malaysia. Mungkin lebih murah di sekolah luarbandar, mungkin sangat mahal di sekolah swasta.

Air satu gelas RM 0.50
Nasi Lemak RM 1.00
Mee RM 1.00
Burger RM 1.20
Kuih RM 0.30

Sampai sekolah membelanjakan RM 1.50( air + mee)- andaikan tak sempat sarapan/makan
Waktu rehat membelanjakan RM 1.50( air + nasi lemak)
Waktu balik membelanjakan RM 1.50( air + kuih + aiskrim)

Jumlah RM 4.50, masih berbaki RM 0.50

Tidaklah saya bermaksud untuk menyekat amaun yang perlu untuk anak-anak orang lain, tetapi biarlah ia berpatutan.

Bagaimana hendak mengetahui amaun yang sesuai?

Datanglah ke kantin sekolah anak kita dan tanya-tanyalah harga makanan di kantin tersebut ataupun bertanya dengan anak kita harga makanan dan apa yang mereka selalu beli pada waktu-waktu tersebut. Sekiranya amaun dan makanan yang dibeli munasabah, maka jumlah amaun yang telah dipersetujui hendaklah dipatuhi oleh si anak dan si bapa untuk sepanjang tahun itu.

Anak saya bersetuju hanya berbelanja RM 2.00 sehari dan membawa air dari rumah. Pada peringkat awal selalu dia membawa bekal untuk waktu rehat. Pada waktu dia tidak membawa bekal, saya selalu bertanya cukupkah dengan Rm 2.00 tersebut dan jawabannya adalah cukup, maka saya menyakininya. Cuma saya hairan kenapa ibubapa lain mengatakan anaknya berbelanja sehingga lebih Rm 5.00 sehari! Harap-harapnya mereka tidak membeli sesuatu yang tidak berfaedah.

Sekiranya permintaan anak-anak keterlaluan, maka beritahulah mereka dengan mengajar bahawa pembaziran adalah amalan yang tidak baik. Membazir dan Berhemah berbelanja adalah dua perkara yang sangat berbeza sama sekali. Andainya kita dapat mengajar anak-anak kita berbelanja dengan berhemah, saya yakin hidupnya tidak akan susah atau terperangkap dengan kemelut kewangan. Jika RM 5.00 cukup kenapa kita hendak manjakan mereka dengan Rm10.00?.

Setiap sen adalah satu nilai yang bernilai. Apabila semakin dewasa, setiap sen mereka adalah hasil usaha mereka sendiri, bukannya pemberian percuma dari ibubapa. Nilai inilah yang ingin kita semai dalam sistem pengurusan kewangan peribadi mereka supaya mereka lebih bersedia dan makmur.

Oleh itu, tidak ada persoalan samada kita kedekut kerana apa yang kita ajar mereka hari ini akan menjadi sangat berguna kemudian hari.

Sesuatu yang pasti, mereka tidak akan menyusahkan kita di kemudian hari.

Sehingga siri seterusnya


Dr Azman
JK 10:38am
9/6/09

Sunday, June 7, 2009

Asas Kewangan Peribadi Siri 2(Sekolah Rendah)

Pada peringkat pertama mengajar pengurusan kewangan peribadi, kita mulakan dengan memberi elaun secara harian kepada anak-anak kita.

Tujuannya ialah supaya kita menjadikan mereka prihatin dan sentiasa berada di bawah pengawalan kita. Dengan memasukkan sendiri duit simpanan dalam tabung yang telah di khaskan itu, anak-anak kita akan sentiasa lebih mengingati tanggungjawab harian mereka kelak dan menjadi tabiat serta disiplin bagi mereka untuk memulakan langkah awal mencapai kebebasan kewangan lebih awal.

Idea, tangan dan minda akan bertindak secara selari dan menyetujui satu sama lain. Ini adalah penting kerana kita sering diserang penyakit 'kecelaruan' tindakan apabila kita tahu tugas pertama kita setelah menerima gaji ialah menyimpan, tetapi minda yang lain mengatakan kita perlu untuk membayar berbagai bil dan akhirnya tangan kita akan mengambil wang tersebut untuk membeli barangan yang tidak berfaedah. 'Keselarian' fikiran dan tindakan sangat perlu dan penting dan ia haruslah dipupuk dari awal lagi.

Ulangi perbuatan dan nasihat ini berhari-hari, berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya. Atau pada sepanjang tahun satu persekolahan.

Langkah seterusnya ialah memberi elaun secara mingguan iaitu hari pertama setiap minggu. Contohnya ialah katakan elaun seminggu berjumlah RM 25.00 (RM 5.00 darab dengan 5 hari; bukannya 7 hari kerana 2 hari bukan waktu persekolahan)
Maka 10% untuk tabung 1 (RM 2.50) dan 10% untuk tabung 2 (RM 2.50). Baki RM 20.00 ialah perbelanjaan untuk 5 hari tersebut iaitu RM 4.00 sehari boleh dibelanjakan.

Nasihat:-

1. Nasihatkan supaya faham bahawa RM 20.00 adalah untuk perbelanjaan seminggu, bukannya sehari.

2. Nasihatkan supaya merancang perbelanjaan harian tidak lebih Rm 4.00 sehari

3. Nasihatkan supaya hanya membawa ke sekolah tidak lebih RM 4.00 sehari, selainnya masukkan sampul belanja harian di bilik atau meminta ibu/bapa menjaganya.

4. Sekiranya ingin membeli barangan 'pilihan', nasihatkan anak-anak merancang dengan baik seperti mengurangkan perbelanjaan harian dengan membawa bekalan makanan dan air dari rumah.

5. Pada setiap hari Ahad, jika terdapat lebihan perbelanjaan, masukkan ke dalam tabung 2(Simpanan semasa), bukannya tabung 1(jangka panjang). Ingat bahawa tabung 1 tidak boleh diusik manakala tabung 2 boleh digunakan kemudian hari.

Lakukan aktiviti ini setiap minggu mungkin pada tahun kedua persekolahannya, iaitu tahap kedua asas pengurusan kewangan peribadi sekolah rendah, merancang secara mingguan.


Sehingga ke siri seterusnya.


Dr Azman
JK 12:05
8/6/09

Thursday, June 4, 2009

Porsche dan Kelab Porsche

Semalam saya berbicara dengan seorang rakan.

Ada cerita menarik yang di sampaikan dan sememangnya masuk akal, cuma seberani mana kita boleh mengikutnya.

Ceritanya.....

Ada seorang teman yang telah membeli sebuah kereta Porsche. Wah!, sebuah kereta Porsche seharusnya sangat mahal, kalau jenis 911 GT harganya lebih sejuta ringgit. Tak tahulah yang mana satu milik teman itu.

"Awak tak risau ke beli kereta mahal macam ni?." tanya rakan teman

" Saya beli pasal nak masuk Kelab Porsche". jawab teman tu secara ringkas.

Beli sebuah Porsche berharga lebih sejuta ringgit hanya ingin nak masuk Kelab Porsche?. Macam buat kerja gila teman ni, kalau dah sahih multi-jutawan mungkin mampu dan tidak menjadi persoalan tetapi teman tu...?

Hakikatnya teman tu memanglah mengambil risiko dengan membeli sebuah Porsche hanya untuk menjadi ahli Kelab Porsche, oleh kerana perniagaan teman tu ialah seorang kontraktor, kelab Porsche adalah lubuk jutawan-jutawan berkumpul dan hasilnya nilai kontrak perniagaannya jauh sangat menguntungkan berganda-ganda dari pelaburannya, membeli sebuah Porsche. Wang dapat, Porsche pun dapat. Atas kebijaksanaan itu, teman tu insyaAllah adalah salah seorang jiran jutawan kita.

Ini lah yang dikatakan berfikiran kreatif dan mengambil 'calculated risk' yang baik.

Tahniah kepada teman tu.

Wednesday, June 3, 2009

Asas kewangan peribadi SIRI 1 (sekolah rendah)

Memulakan ajaran mengenai asas kewangan yang baik hendaklah bermula dari awal usia. Saya mengesyorkan selewatnya adalah bermula dari hari pertama persekolahan rendah anak-anak kita. Kenapa di syorkan pada peringkat ini?. Kerana di peringkat ini, ia adalah hari pertama kita memberi mereka elaun harian untuk mereka gunakan.

Pelajaran hendaklah diberikan seminggu sebelum musim persekolahan. Penerangan yang perlu adalah :-

1. Maksud pemberian elaun harian

2. Kegunaan elaun harian, apa yang boleh dibeli, apa yang tidak boleh dibeli, apa yang masih menggunakan bajet mak ayah.

3. Jumlah elaun harian

4. Konsep menyimpan, kenapa perlu menyimpan, di mana kita menyimpan dan apa matlamat menyimpan.

5. Berapa banyak perlu di simpan sehari dari elaun yang diberikan

6. Katakan elaun harian Rm2.00, beri anak kita dalam pecahan duit syiling.

7. Minta anak kita masukkan 20 sen(10%) dalam tabung 1(jangka panjang) dan 20sen dalam tabung 2(simpanan jangka pendek)

8. Jika RM 1.60 tidak mencukupi( kesian jugak anak kita kalau tak cukup makan), naikkan elaun ke RM 3.00 dan ulangi proses di atas- 30 sen tabung 1, 30sen tabung 2.

9. Tabung 1 adalah tabung tak boleh usik-apabila dah banyak masukkan dalam ASB

10. Tabung 2 ialah kegunaan belian 'entertainment' seperti CD game, aiskrim, assesori PSP dsbnya. Mereka kena rancang perbelanjaan untuk membeli barangan persendirian. Contohnya ingin membeli CD berharga RM5.00, mereka hendaklah mengumpul samada 30 sen selama 20 hari atau menyimpan lebihan perbelanjaan. Tunjukkan cara mudah dengan mengesyorkan menyimpan semua elaun harian dan belajar membawa bekalan makanan dan air dari rumah!

11. Pastikan setiap hari tangan anak sendiri yang memasukkan duit kedalam tabung-tabung mereka supaya menjadi kebiasaan dan disiplin dalam hidup mereka nanti.

Mulakan hari ini dan lihatlah apa keajaiban yang berlaku. Anak kita pasti jutawan dalam waktu yang lebih singkat dari kita.

Dr Azman
Bukit Naga 10:42am
4/6/09

Tuesday, June 2, 2009

Betulkan Minda Kita

Sebelum kita bercita-cita dan berkeinginan serta membina impian untuk menjadi kaya-raya jutawan, perkara pertama harus kita bina ialah minda yang selari dengan apa yang kita fikirkan, selari dengan apa yang kita lakukan.

Kita hendak kaya, tetapi kita memiliki minda yang miskin seperti takut mencuba sesuatu yang baru, tidak mahu melakukan inovasi dan menggunakan kreativiti yang lain dari yang lain. Seharusnya bagaimana minda begini akan mengubah hidup kita kerana KITA ADALAH SAMA SEPERTI SEMALAM JIKA MASIH MELAKUKAN KERJA-KERJA SEMALAM PADA HARI INI.

Kita hendak kaya tetapi masih melakukan AKTIVITI yang msikin seperti lambat bangun, banyak tidur, malas berusaha, selekeh, berbual kosong, melepak, membazirkan wang pada barangan tidak berfaedah, membuat aktiviti tidak menjana kebaikan. Bagaimana harus kita boleh kaya jika apa yang kita lakukan adalah perlakuan yang sentiasa memiskinkan diri kita sendiri.

Dengan mengubah perspektif minda kita terhadap diri kita, cita-cita kita, impian kita, matlamat hidup kita, kekayaaan kita dengan cara bagaimana sekalipun, barulah kita boleh mengubah kehidupan kita menjadi lebih kaya kerana HIDUP KAYA LEBIH BAIK DARI HIDUP MISKIN.

Berfikir BENAR, berfikir POSITIF, berfikir KAYA dan berfikir bagaimana menjadi insan yang sentiasa mencari kebaikan demi kebaikan menjadikan kita orang yang PALING KAYA sekali di alam ini dan di akhirat kelak.

HIDUP SEORANG KAYA YANG BERIMAN LEBIH BAIK DARI BERIBU ORANG KAYA YANG JAHIL.


Sesungguhnya, ubahlah MINDA kita, pasti HIDUP kita akan berubah kepada yang lebih baik.


Azman
JK 15:47pm
2/6/09

Wednesday, May 27, 2009

Kesabaran Ada Nikmatnya

Hari ini saya bersyukur di atas kekuasaan Allah Ta'ala.

Bersyukur bukan kerana saya mendapat sejuta ringgit, tetapi bersyukur kerana seorang kawan saya yang dengan tekun dengan usahanya tanpa jemu(saya memang menghormati semangat juangnya) InsyaAllah akan memperolehi satu akaun korporat bernilai RM100 juta dalam porfotlio pelaburannya. Bayangkan jika komisen beliau hanya 1.5% bermakna Rm1.5 juta, di tolak percukaian wajib sebanyak RM350k, masih berbaki RM 1.15 juta. Dalam usianya belum pun 25 tahun, mungkin 'kelabu' juga matanya. Namun kita lihat apa yang berlaku. Adakah matanya akan menjadi kelabu atau terus biru!

Apa yang kita boleh buat sekiranya kita mendapat "wang runtuh" begini?

1. Pastikan bahagian cukai pendapatan di asingkan; lebih kurang 28% dari pendapatan bersih. Budaya kita jarang mengambil berat hal-hal percukaian kerana sistem percukaian kita yang agak longgar berbanding di Barat. Namun begitu, percayalah, sedia-sediakanlah secukupnya kerana saya telah mengalami bahananya akibat mengambil sikap endah tak endah cukai pendapatan ini. Asingkan sahaja amaun yang mesti di bayar dan letakkan di amanah saham yang boleh menjana keuntungan sebelum masa pembayaran sampai. Manalah tahu, amaun ini telah bertambah 25% semasa bulan April 2010 nanti. Besar nilainya jika ia melibatkan RM350k iaitu lebih kurang RM 87k. Cukup untuk membeli Exora secara tunai. Tapi sudah ada Rm 1 juta, mungkin bukanlah Exora yang menjadi pilihan hati.

2. Kedua ialah soal diri sendiri, ingin berseronok atau ingin menjadi jutawan yang tegap dan stabil. Jika ingin berseronok, bolehlah beli rumah banglo sebuah, kereta BWW 525i dan membeli belah di Harrod atau Singapura!. Dalam tempoh 6 bulan, RM 1.5 akan habis begitu sahaja dan kawan kita akan kembali bertungkus lumus mencari pelanggan baru. Saya jamin.

3. Dalam buku saya bertajuk TAJASJ, untuk kita hidup senang tanpa hutang dan bermewah-mewah di Malaysia, kita harus sekurang-kurangnya mempunyai RM 1.5 juta tunai. Andaikan kita menjalani kehidupan seperti kita sebelum mendapat rezeki dari Allah ini, kita masih hidup gembira seperti biasa.
Andaikan RM 1 juta di masukkan kedalam instrumen pelaburan yang selamat dan berisiko sederhana yang menjana keuntungan purata 8% setahun (setakat 8% peratus, letakkan semua dalam PNB!), sudah pasti ia menjana RM 80,000 setahun atau menjana rm 7,000 sebulan tanpa henti. Bagaimanapula jika 12% setahun, bermakna Rm10,000 sebulan. Inilah yang dinamakan duit bekerja untuk kita@ let's money work for you. Dengan RM 10,000 sebulan dan di jamin oleh kerajaan, boleh lah kita membeli BMW 525i dan sebiji rumah banglo!( Kedua-dua ini, ansurannya mungkin dalam lingkungan RM 5,000 sahaja).
Perlu di ingat bahawa kawan saya ini masih menjalankan urusan perniagaannya seperti biasa yang pasti semakin kencang dan hebat setelah melepasi 'pagar' dalamannya. Jika berniat untuk bersara pun, boleh juga tetapi balik kampung atau carilah kawasan tanah tinggi yang lebih sihat kerana orang yang bersara muda selalunya "bersara" muda juga.

4. Kita selalu mendengar bagaimana para peneroka kita yang bergelar jutawan segera dalam tempoh kurang setahun menjadi miskin semula. Alangkah malang mereka itu. Alangkah baiknya sekiranya daripada RM 1 juta yang di perolehi, biarlah Rm 500k dibelanjakan untuk keluarga dan selebih RM 500,000 sahaja diletakkan dalam instrumen seperti di atas, pasti sehingga meninggal masih berharta dan berpendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan, iaitu pendapatan seorang eksekutif ataupun doktor!.

Malangnya adalah kerana tiadanya ilmu pengurusan kewangan yang baik.

5. Maksudnya adalah, kita hendaklah merancang yang terbaik, yang terbaik adalah apabila kita menjumpai satu kaedah di mana wang bekerja untuk kita seperti Bill Gates, Warren Buffet, Keluarga Lim Goh Tong, YTL. Oleh kerana kita bukanlah ahli perniagaan yang hebat seperti mereka, sekurang-kurangnya kita berfikiran seperti mereka.

Kita hanya melihat dan menasihat dan menumpang kesyukuran di atas ketentuan Allah ini. Mana tahu esok giliran saya pula. Amin.

Kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Apakah yang difikirkan, dilakukan dan direncanakan. Sesungguhnya dalam diri kita ada nafsu yang sentiasa menggoda; saya tahu kerana pernah menjadi mangsanya.


Azman
JK 27/5/09

Monday, May 25, 2009

"TOOL" yang sangat berguna mengetahui kewangan ANDA

Saya baru menjumpai satu laman sesawang yang baik untuk kita gunakan. Boleh muat turun secara percuma pada aplikasi 'excel' atau 'spreadsheet'.
Boleh digunakan untuk mengira pengurangan pinjaman hutang, keuntungan pelaburan, penyelesaian kad kredit, jadual perbelanjaan dari peribadi hingga perniagaan.

Semua ada.


KLIK DI SINI. MUAT TURUN PERCUMA

Gunakan sebaik-baiknya.

Azman
JK
24/5/09

Sunday, May 24, 2009

Kesilapan adalah Pengajaran

Ada orang mengatakannya " kesilapan" dalam hidup. Itu yang saya katakan dahulu; satu 'kesilapan' dalam kehidupan. Setelah saya lebih berilmu, saya katakan sebagai 'pengajaran' dalam melalui cabaran hidup untuk menjadikan kita lebih bijak dari semalam.

Ini pengalaman saya, satu 'kesilapan' keputusan dan menjadi 'pengajaran' yang sangat mahal harganya.

Di sekitar tahun 2000, saya di datangi oleh kenalan yang saya tahu memang berkecimpung dalam dunia hartanah. Apabila berjumpa, dia menawarkan sebuah rumah apartmen yang ok dan tawaran yang menarik. Tandatangan pembelian sahaja dan semuanya akan di uruskan. Deposit hanya Rm 100, itupun untuk membuka akaun bank bagi tujuan pembayaran secara autodebit. Tawaran nampak menarik dan mudah kerana pada tahun 2000an, bank sangat mudah meminjamkan wang kepada sesiapa sahaja. Lalu, saya tandatangan dan tugas selesai, malah tidak perlu ke bank untuk tandatangan perjanjian kerana semuanya telah di uruskan di pejabat saya sahaja. Mudahkan.

Tetapi tidak semudah itu.

Projek terbengkalai walaupun apartmen saya siap sepenuhnya tetapi keseluruhan projek gagal, CF tidak dapat dikeluarkan, malah siasatan lanjut menunjukkan status tanah belumpun ditukar dari tanah pertanian ke tanah bangunan.

Akibatnya....

Saya terpaksa membayar juga kepada bank kerana 95% pinjaman telah dikeluarkan oleh bank membayar pemaju tersebut.

Pengajarannya adalah....

1. Pemaju.

Membeli rumah dari pemaju yang tidak terkenal meninggikan risiko kita. Pemaju tidak terkenal tidak kisah jika syarikat bangkrap kerana mereka boleh membuka banyak lagi syarikat seumpamanya.
Pemaju yang dikenali atau yang disenarai di Bursa Malaysia lebih cenderung untuk memastikan projek berjaya kerana ia sangat berkait rapat dengan reputasi dan harga saham mereka. Dengan itu pembelian lebih selamat. Walaupun ada juga pemaju yang terkenal 'bungkus' juga, namun jumlahnya tidak besar.

2. Harga Melampau

Pemaju memperkenalkan harga melampau untuk mengabui pembeli dengan slogan "Pembiayaan 110%" dan "deposit RM 500 sahaja". Harga melampau ini menunjukkan pemaju tidak memeberikan nilai sebenar harta tersebut, contohnya nilai hartanah adalah RM 100,000 tetapi pemaju meletakkan nilai hartanah ialah RM 120,000 supaya pembeli mendapat pembiayaan penuh walaupun pembiayaannya adalah 90%. Apa yang berlaku selepas itu, nilaian hartanah sebenarnya adalah jauh lebih rendah jika kita ingin menjual semula hartanah tersebut dalam waktu terdekat dan kita terpaksa membayar lebih kepada pihak bank.
Bayangkan di mana harta yang saya beli pada harga RM 170,000 tidak ada nilai kerana projek yang tidak siap dan bank telah membayar sejumlah RM 145,000 kepada pihak pemaju dan saya terpaksa membayar bulanan RM 1100 sehingga 22 tahun. Pengajaran ini sangat menyusahkan dan terlalu mahal.
Kebanyakan pemaju terkenal tidak mengamalkan kaedah ini dan sekiranya ini berlaku, fikir-fikirkanlah akan muslihat pemaju seperti ini. Mungkin mendatangkan kesukaran yang panjang untuk kita.

3. Ilmu

Saya mengakui semasa pembelian itu berlaku saya memang tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, tidak mengikuti seminar hartanah, tidak membaca buku kerana saya merasakan saya sudah cukup bijak. Malangnya keegoan saya menjerumuskan saya kepada satu pengajaran yang sangat mahal.
Sebelum membeli dan mengambil bahagian dalam jual beli hartanah walaupun untuk kediaman sendiri, isilah dada dengan ilmu yang banyak dengan membaca, berbincang dan mengikuti seminar. Modal mungkin di antara RM 20 hingga RM 500 tetapi ia akan menyelamatkan RM 100,000 hingga RM 500,000 kita. Saya tahu sebab saya mengalaminya.

4. Bermusyawarah

Bermusyawarah dengan siapa?. Saya mohon jika yang telah berumahtangga bermusyawarahlah dengan ahli keluarga, suami atau isteri atau ibu bapa. Lebih keberkatan dan mengurangkan risiko kerugian.


Walaupun ini cerita 'saya', saya yakin ramai yang telah mengalaminya dalam kehidupan mereka. Nasihat saya, terimalah ia sebagai pengajaran walaup pahit dan sukar manapun. Jika satu hartanah, mungkin masih tidak memudaratkan, tetapi jika 3?. Agak sukar juga untuk menterjemah dan melaluinya.
Nasihat lain hendaklah memperilmukan diri kita dengan ilmu yang baik dan benar.

Bagi mereka yang masih belum terperangkap dalam 'janji manismu' promoter pemaju perumahan, berhati-hati lah. Kurangkan kesilapan besar dalam hidup. BACA BUKU, HADIRI SEMINAR kerana ilmu yang baik tidak pernah merugikan.

Selamat berjaya

Azman
JK 13:55pm
25/05/09

Sunday, May 17, 2009

MERCEDES dan ANJING ROTWEILLER

Saya tertarik dengan isi cerita artikel ini yang menceritakan analogi di antara Mercedes dan Anjing Rotweiller yang boleh kita gunakan untuk kemajuan diri kita sendiri. Cerita ini dipetik dan dimuat turun dari salah satu ebuku yang saya langgani.

Lebih kurang ceritanya begini...

Si A telah bertemu rakan lamanya B yang dahulu dikenali sebagai rakan bermasalah, malah hanya belajar setakat SPM. Manakala si A pula berjaya menamatkan pengajian Universiti dan kini memegang jawatan yang hebat.

Di akhir pertemuan, mereka telah ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumah. Si A sangat terkejut apabila melihat si B menuju kekereta Mercedes yang masih baru padahal si A hanya mampu membawa kereta Waja. Di atas kehairanan itu, si A tanpa segan silu bertanya rahsia kejayaan si B.

Al-kisahnya, apabila si B habis belajar, beliau telah menjadi buruh kasar dan sering bertukar kerja. Kerja terakhir beliau ialah seorang 'supervisor' namun syarikatnya telah bangkrap walaupun pada ketika itu beliau telah bergaji lebih RM3,000 ringgit. Dengan kekecewaan itu beliau berhasrat untuk berniaga dan mula mencari ilmu dengan menghadiri seminar, kursus motivasi dan berjumpa kaunselor. Salah seorang kaunselornya telah memberitahu satu teknik yang dipraktikkannya sehingga beliau berjaya.

Untuk seorang berlari 100m, seorang atlit memerlukan lebihkurang 11 saat untuk sampai kegarisan penamat. Tetapi untuk seorang biasa yang dikejar anjing ganas lagi garang Rotweiller, mungkin masa yang diperlukan jauh lebih baik sebab kita mempunyai potensi diri yang tersimpan dan hanya keluar dalam keadaan terdesak atau tertentu sahaja. Sebagai contohnya semasa dalam ketakutan atau dalam keadaan hidup dan mati(terdesak sangat-sangat).
Oleh itu kita mesti mencari "Rotweiller" dalam hidup kita.

Si B setelah cukup bersedia untuk memulakan perniagaannya, mencari "Rotweiller" untuk dirinya dan telah membeli sebuah Mercedes sebagai 'Rotweiller' kepada dirinya. Beliau tidak boleh leka kerana perlu membayar ansuran dan menjaga maruah dirinya dengan mengelakkan diri dari ditarik pihak bank dan akhirnya beliau berjaya melangsaikan hutang kereta lebih awal dan memperolehi keuntungan yang banyak. Dan beliau mencari "Rotweiller" yang baru supaya beliau lebih berusaha dan berjaya.

Moral cerita ini adalah:

1 Kita memerlukan rangsangan atau 'drive' untuk maju dan rangsangan itu harus sesuatu yang besar dan mendesak. Rangsangan yang boleh di 'lebihkurang' tidak memadai. Ia haruslah rangsangan yang berbentuk "DO or DIE" atau melibatkan maruah, rumah, keluarga.

2 Kita bersedia berubah dari satu tingkat ke satu tingkat dan membenarkan diri kita berubah (allow ourself for changes). Sebahagian dari kita 'ingin berubah' tetapi jiwa dalaman tidak menginginkannya dengan masih leka, masih melakukan perkara yang sama dan berfikiran sama.

3 Apabila satu matlamat telah tercapai atau 'Rotweiler' pertama telah berjaya di hapuskan, carikan lagi "Rotweiler" kedua, ketiga dan seterusnya. Misalnya kita telah berjaya melangsaikan hutang-hutang dan telah diberikan anugerah "DEBT FREE", adakah kita harus berhenti atau kita mahukan kejayaan baru seperti mengumpul Satu Juta Ringgit dalam 2 tahun?

Apakah 'Rotweiller' anda?

Apakah matlamat anda?

Fikir-fikirkanlah


Azman
Jalan kebun 13:03pm
18/05/09

Tuesday, May 12, 2009

Apakah MSI Yang Sesuai Untuk Aku

Apakah punca pendapatan tambahan yang sesuai untuk saya?. Soalan ini jarang sekali kita tanya diri kita sendiri sebelum kita cuba menceburinya. Bila kawan A ajak masuk MLM, kita pun mencuba MLM. Bila kawan punya kawan ajak masuk IM, kita pun cuba IM. Bila kawan ajak jual insuran atau unit trust, kita pun ambil lesen insuran dan unit amanah.

Salah ke?

Tidak salah pun mencuba apa-apa sahaja peluang yang ada. Bukankah pepatah mengatakan 'belum cuba belum tahu'. Ramai dari kita kurang menyerlah, masul mlm tak jadi, jadi IM tak reti.Kursus dah pergi, seminar dah ikut, Konvensyen dah datang, motivasi dah pergi tetapi tidak berjaya juga.

Realitinya

Kita ditakdirkan mempunyai kemahiran dan kecenderungan yang berbeza-beza. Ada orang tak suka bercakap, ada orang pandai menjual tapi tak pandai membuat 'networking'. Ada orang sangat mahir internet tapi tak pandai nak buat duit dengannya. Ada orang yang tak reti internet tapi pandai menggunakan kemahiran orang lain untuk dirinya.

Lalu

Kita kena selidik diri kita bagaimana dan bentuk pendapatan tambahan yang sesuai dengan diri kita. Terimalah hakikat diri kita adala diri kita; sebab tu ada yang jadi kerani, jadi cikgu, jadi kontraktor. Ada yang berjaya dengan mlm, ada berjaya dengan jualbarang di ebay, ada yan kaya jual seminar, ada yang kaya berniaga.

Selami diri kita sendiri; FOKUS dan ISTIQAMAH pada kekuatan yang kita ada. InsyaAllah kita berjaya apa yang kita fokus untuk berjaya.

Amin


Azman
SpaQaseh 2.34pm
13/5/09

Friday, May 8, 2009

Berapa Lama Boleh Menggandakan Duit Anda "Rule 72"

Berapa lama kita boleh menggandakan duit kita melalui simpanan atau pelaburan yang kita buat. 5 tahun?, 10 tahun?, 20 tahun?. Semuanya dipermudahkan dengan satu kiraan matematik yang dinamakan 'Rule of 72' sebagaimana definisi dari wikipedia ini:-

In finance, the rule of 72, the rule of 70 and the rule of 69 are methods for estimating an investment's doubling time. The number in the title is divided by the interest percentage per period to obtain the approximate number of periods (usually years) required for doubling. The choice of number is mostly a matter of preference, 69 is more accurate for continuous compounding, while 72 works well in common interest situations and is more easily divisible.

Ini bermakna undang-undang 72 hanyalah anggaran kerana kita boleh gunakan angka 70, atau 69 untuk mengira selama mana kita boleh menggandakan duit kita. Untuk memudahkan perbincangan, kita ambil nombor 72.

Katakan kita nak tahu jika keuntungan tahunan adalah 8% setahun, berapa lama untuk kita menggandakan duit kita, maka kita bahagi 72 dengan 8. Jawapannya adalah selama 9 tahun dengan syarat keuntungan itu tidak diambil (compounding interest).

Atau jika kita mahukan duit kita digandakan dalam tempoh 6 tahun, maka kita perlu melihat kaedah simpanan yang menjana keuntungan berapa peratus setahun untuk menggandakan duit kita, maka kita bahagi 72 dengan 6 iaitu 12% setahun.

Untuk Kalkulator rule 72 sila klik disini

Oleh itu, sekarang kita tahulah dimana kita harus memulakan langkah untuk menjadi jutawan.

Untuk mereka yang masih di usia 20an, menyimpan di simpanan yang menjana keuntungan tahunan sekitar 8 - 10% akan menjadikan simpanan mereka bertambah lebih 300% apabila waktu persaraan.

Bagi mereka yang melepasi 40an, mungkin terpaksa mengambil sedikit risiko untuk menyimpan dengan amaun yang lebih besar atau mencari sumber yang boleh menjana keuntungan melebihi 12% setahun.

Untuk Kalkulator Compounding Interest Sila Klik Di Sini

Yang penting adalah terus menyimpan tanpa jemu.

Semuga Jutawan Akhirnya


Azman
Jalan Kebun 16:38
8/5/09

Wednesday, May 6, 2009

apa itu NAV

Saya ada menerima emel yang bertanya 'apa itu NAV?'. Kadang-kadang bila kita menulis kita beranggapan semua orang tahu. Hakikatnya ramai yang masih bersekolah, baru habis sekolah, nak sekolah lagi, tak habis-habis sekolah. Terima kasih bertanya sebab ia menyedarkan saya bahawa audien blog ini dari berbagai lapisan.

Sedikit sebanyak.......

NAV sebenarnya "Net Asset Value". Ini dari wikipedia:-

Net asset value (NAV) is a term used to describe the value of an entity's assets less the value of its liabilities. atau dalam bahasa Melayunya Nilai Bersih Harta/Aset

Mudah ceritanya kita kira nilai dalam ringgit semua aset kita termasuk rumah, kereta, tanah, peralatan rumah, saham dan tunai selepas itu tolak dengan liabiliti atau hutang belum bayar.

Contohnya:

Rumah- nilai sekarang RM 200,000 (masih hutang RM 180,000)
Kereta - nilai sekarang RM 40,000 (masih hutang RM 60,000)
Tanah- nilai sekarang RM 80,000 ( tak ada hutang -p/s tanah pusaka)
Saham ASB nilai RM 100,000-pinjam bank (masih hutang RM 70,000)
Saham ASB dalam buku RM 10,000
Unit Trust; nilai semasa RM 20,000
Nilai barangan rumah,harga lelong RM 5,000
Tunai di bank RM 1,000
Tunai ditangan RM 500
Simpanan EPF RM 100,000
Hutang Peribadi bank RM 50,000
Hutang Kad Kredit RM 20,000
Hutang dengan kawan/keluarga RM 6,500


NAV= Nilai aset - hutang
NAV= 556,500 - 386,500= RM 170,000 pada waktu kiraan dilakukan dan ia berubah dari masa kesemasa. Maknanya jika jual semua aset dan bayar semua hutang, kita masih memegang tunai sebanyak RM 170,000 sahaja. Cukup ke?

Oleh itu untuk di katakan jutawan mesti mempunyai NAV sekurangnya SATU JUTA RINGGIT samada kita:-

1. Memiliki tunai RM 1,000,000
2. Nilai Aset RM 2 juta dan liabiliti RM 1 juta

Bolehkah tercapai?.................PASTI BOLEH

Hanya bila.........ESOK?.......TAHUN DEPAN?..........30 TAHUN LAGI?

pasti jutawan


Azman
P Indah 13:04
7/5/09

Tuesday, May 5, 2009

Multiple Stream Of InCome

Dapatkan sumber dari berbagai punca!!!!!!!

Alhamdulillah kalau ada. Sekarang ni ada berbagai cara kita boleh dapatkan pendapatan-pendapatan sampingan selain pendapatan utama. Ada yang buat jualan langsung, ada yang menjual barang secara langsung(barang buatan sendiri), ada yang mempunyai rumah atau kedai sewa, ada yang membuat kerja sambilan di tempat lain. Macam-macam boleh dilakukan.

Kenapa agaknya ya.....

Pastinya kerana pendapatan utama tidak dapat menampung perbelanjaan hidup. Jarang kita dengar kerana suka-suka atau nak bermewah-mewah. Kalau ada pun, saya yakin disebalik kata-katanya itu seakan mengatakan "sebenarnya duit aku tak cukup juga".

Baguslah begitu...

Alangkah indahnya jika kita selalu beringat dari awal-awal lagi tentang perancangan kewangan berhemah, maka simpanan kita "wang jana wang" telah membuahkan hasil dan ia merupakan sumber MSI kita yang stabil dan berpanjangan tanpa perlu menjual barang, tanpa perlu bersengkang mata,tanpa perlu mengorbankan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun....

Teruskan berusaha mempelbagaikan lagi Pendapatan Berbagai Sumber kita sebanyak mungkin, secepat mungkin, sebaik mungkin dan berpanjangan tanpa henti.

"Bersakit dahulu, bersenang kemudian,
Bersenang dahulu, Bersakit di hujung zaman

Dr A
JK 16:02pm
5/5/09

Sunday, May 3, 2009

Sedikit Lama-Lama Jadi Jutawan

Sedikit lama-lama jadi bukit.

Patut kena ubah menjadi sedikit, lama-lama jadi jutawan.
Cuba bayangkan kalau remaja kita ada RM100.00 hari ini, masukkan duit tak seberapa ini dalam tabungan yang menjana 10% setahun, dalam tempoh 30 tahun dari sekarang ia akan menjadi Rm 1700++!!. Maknanya keuntungan gandaan(compounding return) sebanyak 170%. Kalau rm 1000.00, kalau rm 10,000, kalau rm 100,000?.

Itu kalau hanya sekali je simpan (lump sum); kalau rm 100 tiap-tiap bulan sehingga 30 tahun atau 360 bulan, agak-agaknya ia menjadi berapa?........jawabnya adalah tak banyak setakat rm 200,000 sahaja. Kalau rm 200 setiap bulan, kira-kira lah sendiri.

......cuma kita ni kurang sabar dan sentiasa tergoda dengan duit yang kita berusaha mengumpul dengan tekun. Pantang nampak duit.

Ada satu cara yang pernah saya syorkan pada seseorang yang bertanya pada saya cabaran ini. Apa kata buka akaun ASB, buat autodebit gaji bulanan kemudian ambik buku ASB(fotostat muka depan dulu) lepas tu bakar. PNB akan hantar penyata setiap tahun untuk 'follow up' hasilnya. Bila dah 30 tahun, buat lapuran polis kata buku hilang, buat buku baru dan mula raih hasilnya setiap bulan. Tetapi kena beringat jangan jadi seperti 'pegawai yang pencen menjadi jaga'. Kita mesti lebih bergaya dan lebih bijak dari itu, jadi jaga dirumah dan PNB bayar kerja kita. "Money makes money".

Yang penting mesti ada ilmu yang cukup dan disiplin yang baik. Anda pasti salah seorang jutawan Malaysia.

Wasalam

Dr A
Jalan Kebun 13:42
4/5/09

Friday, May 1, 2009

Kawanku NAV Juta

Beberapa hari lepas saya jumpa kawan lama. Dia mempunyai pekerjaan yang bagus, pendapatan yang hebat dan karier yang mencabar. Namun masih memandu kereta berharga bawah 100k. Jimat dan mencapai matlamat, katanya. Harta lain beliau ialah lebih 2 buah buah rumah sewa, simpanan ASB, epf dan tunai disana-sini.

Matlamatnya ialah 'debt free' pada umur 45. Tak berapa lama lagi tu.

Kesimpulannya,

kawan saya ini adalah di antara 'jiran jutawan anda' yang mungkin dilihat sebagai warga biasa-biasa je, bawa kereta biasa-biasa je, bergaul secara biasa-biasa je tapi saya membuat rumusan NAV dia mungkin telah melepasi satu juta ringgit Malaysia. Alhamdullillah.

Saya merasakan dia sangat beruntung kerana telah memahami konsep pengurusan kewangan yang baik dari peringkat awal pekerjaan. Semasa belajar, tanpa pendapatan mungkin tidak mengapa jika tidak mempunyai ilmu ini, tapi bila sahaja mula bekerja dan mempunyai pendapatan, pengurusan kewangan yang baik sangat penting untuk tahu dan diamalkan. Bermula awal.

Kita mula bekerja seawal umur 23 tahun; matlamat 'debt free' pada umur 50 tahun, maknanya mempunyai tempuh masa 27 tahun untuk menyimpan dengan tekun(bukan TEKUN ya). Dengan anggaran keuntungan terkumpul "compound return" 8% setahun, simpanan kita akan menjadi di antara 70-80 kali ganda.(contohnya 10k akan menjadi 74k, kalau 100k jadi 740k), Rasa-rasanya menarik ke tak. Kalau tak buat begini, kita mencapai juga umur 50 tahun, tetapi kali ini seorang yang berumur 50 tahun yang mempunyai tunai RM740k. Hebat bukan.

Fikir-fikirkanlah........


Dr Azman
Bkt Naga 14.01pm
2/5/09

Thursday, April 30, 2009

Sebelum pencen pegawai lepas pencen sekuriti guard

Salam. Bertemu lagi setelah 2 hari menyepi dek kesibukan tugas. Hari ini saya nak berkongsi cerita.
Alkisah.....
Sewaktu menunggu LRT sampai, saya sempat senyum kepada seorang pakcik disebelah saya. Senyum itu sedekah; percuma, jadi apa salahnya kita sentiasa senyum dengan semua orang. Disebabkan senyuman menawan saya tadi, pakcik tu pun menegur saya dengan baik.
"Hendak kemana?."
"Balik rumah. Pakcik?"
"Saya nak ke Sentral, kerja".
Saya tengok pakcik dengan lebih teliti. Mesti dah taraf pencen."Kesian terpaksa bekerja lagi". saya berkata dalam hati sahaja. Tidak sopan kalau saya mengatakan begitu kat pakcik tadi.
"Dulu pakcik kerja mana?" Saya tangkap muat mengandaikan dia dah di era 'post' pencen.
"Sime Darby".
"Kat Sentral?" Syok jugak mengorek rahsia pakcik ni.
"Sekuriti guard. Dah tua macam saya nak kerja mana lagi. Guard saja yang terima". Dah agak dah. Memanglah kita lihat ramai sekuriti kita dah berumur langkau sepatutnya duduk dirumah sahaja.
"Hidup kat KL kena cari makan sendiri. Harap anak tak boleh kerana mereka pun ada masalah sendiri".
"Betul tu" Saya setuju dengan pendapatnya. Setuju sangat-sangat. Bapak boleh jaga 10 anak, 10 anak susah nak jaga makbapak menjadi satu panduan zaman moden kini. Yang ini saya tidak bersetuju. Sebagai bapa, kita bertanggungjawab menjalankan amanah Allah memberikan terbaik sahaja untuk anak kita; sebagai anak kita mesti menjalankan amanah untuk menjaga mereka bila tiba waktunya.
"Pakcik EPF dulu dapat berapa banyak".
"125"
"Berapa lama habis?". Saya agak penyibuk sikit hari tu.
"5 tahun je".
"Kalau pakcik letak rm125,000 tu dalam ASB ke yang bagi untung 8% setahun, saya pasti pakcik akan dapat dalam 10,000 ringgit atau lebih kurang 900 ringgit sebulan. Mungkin pakcik tak perlu kerja lagi.
Kesilapan ramai orang lepas dapat duit EPF no 1 ialah bagi pinjam kat orang lain, kemudian konon nak berniaga, bagi anak-anak, selain belanja sikit. Betul tak pakcik?"
Pakcik tu termenung. Nasib baik LRT ke sentral dah sampai. Kalau tak banyak lagi ilmu saya boleh pelajari dari pakcik ni.

Pengajarannya......

1. Dah dapat duit epf kenalah rancang nak buat apa.
2. Pastikan rancang bagaimana "duit buat duit" supaya kehidupan 'post' pesara tidak terlalu sukar.
3. Jangan bagi pinjam kat orang lain termasuk anak-anak
4. Tak perlulah labur dalam perniagaan jika jumlah epf kurang setengah juta.
5. Simpan dalam institusi yang paling selamat, paling rendah kos kendalian, sebaiknya bagi pulangan setinggi mungkin dan dijamin kerajaan.(pastinya ......)


Hanya sekadar renungan dan iktibar.


Dr Azman
Bukit Naga 21.56pm
30/04/09

ps: hari ini baru submit borang lhdn...

Sunday, April 26, 2009

Setiap Hari Adalah Hari Yang Istimewa

"Monday blues?".

Mengapa kita mesti mengikut budaya negatif seperti itu.

Sebaiknya...

Setiap hari kita yang bermula diawal subuh harus dimulakan dengan sesuatu yang indah dan baik-baik. Bersemangat dan menunggu dan menghadapi dengan rasa penuh cemerlang. Jika minda kita bermula dengan lemah, malas, motivasi dan jiwa yang rendah, hari anda dah 'spoilt'; baik teruskan tidur je. Tenaga diri positif akan mempengaruhi hasil yang HEBAT; tenaga diri yang lemah menghasilkan hasil yang lemah juga.

Hari ini adalah hari yang istimewa. Hari ini adalah hari yang cemerlang. Hari ini adalah hari yang berkat. Hari ini adalah hari yang dipenuhi wang juta-juta ringgit. Hari ini adalah hari yang lebih baik. Hari ini hari mensyukuri nikmat Allah.

Doa semuga Hari Ini juga yang cemerlang untuk anda!

Dr A
Jln Kebun 10.43am

Friday, April 24, 2009

blog baru-ulasan buku

Hari ini saya memulakan era baru. Satu blog baru didedikasikan untuk ulasan buku-buku yang saya hari ini dan selama ini dalam blog yang telah dilink ini. Klik saja. Satu pencapaian baru seorang newbie dalam dunia blog.

Hari ini menghabiskan masa pagi atas urusan keluarga, fomema pembantu rumah baru saya. Petang memulakan tugas biasa. Hari ini mungkin tidak bersauna FIR. Lihat-lihat karya remaja untuk mendapatkan idea gaya bahasa buku-buku kategori remaja(pasal nak tulis buku remaja la ni!). Selain itu berjinak-jinak dengan twitter. Ok jugak untuk mencari 'following' sebelum mendapat 'follower'. Be my guest. Selain tu mengacah-acah facebook dan Tagged.

Wasalam

DrA
JK @1645
24/04/09

Thursday, April 23, 2009

Suasana Pesta Buku

Selama beberapa jam di pesta buku KL sungguh menyeronokkan. Pertamanya ia menunjukkan ramai orang Malaysia telah minat membaca. Masing-masing membawa balik berbeg-beg buku. Kalau kategori remaja dan yang memakai uniform, hampir semuanya membawa beg dari syarikat yang mengeluarkan majalah GG; pasti lebat pendapatan mereka hari ini.
Singgah di PTS dan membeli beberapa buku. Jumpa En Fauzul dan teamnya. Kelihatan juga Sdra Osman Affan pengarang buku "Menjual Perkhidmatan di Internet" dan "Buat duit dengan Tuisyen" sibuk menandatangi autograf untuk puteri-puteri cun kita.
Balik dari pesta tersebut terus merehatkan diri dengan terapi sauna FIR. Lega......

Terfikir pula untuk membuat blog ulasan buku-buku yang telah saya baca untuk kita bersama-sama kongsi maklumat dan pengalaman.

23/04/09
Jalan Kebun @ 9.34pm

Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL

Saya dah pergi pesta buku KL minggu lepas. Hari ini nak pergi lagi dan jumpa publisher saya dan beli beberapa buku yang saya dah list. Harap-harap jumpa beberapa penulis jika ada dan berkenalan dengan sape-sape je. Dek keterujaan menulis, pagi tadi saya memulakan projek penulisan terbaru, siri cerita pengembaraan kategori kanak-kanak dan remaja. Idea dah ada cuma nak diterjemah dalam tulisan. Mengikut maklumat, siri kanak-kanak selalunya audien bacaan lebih ramai. Sebelum tu nak segarkan diri di terapi sauna yang berada disebelah tempat kerja saya.

Doakan projek baru saya dapat diselesaikan dalam tempoh 2 bulan dari sekarang!!!!

Dr A
Jalan Kebun @ 0945
22/04/09

Belajar jadi jutawan malaysia

Saya yakin walaupun ada insan yang 'born rich' , majoriti jutawan kita adalah mereka yang belajar dan berusaha untuk menjadi jutawan. Justeru jutawan-jutawan Malaysia beginilah yang lebih tulen dan berilmu (regardless how they make their first million!). Mari kita sama-sama menjadi seorang jutawan tulen.


Dr A
JK 6.04pm
21/04/09

Monday, April 20, 2009

berTWITTER; berkicau riang

Baru je join twitter dan mengumpulkan database. Buat permulaan sebagai 'following' je. Hari ini dah ada 2 'follower'. By end of this month ada satu buku baru dikarang oleh sdra Azahar bercerita mengenai bagaimana nak buit duit dengan twitter akan diterbitkan. Can't wait to get one. Anda pun bole order dari saya gak; with special discount guaranteed.

One of the person yang saya 'following' adalah dari Tun M kita. Maknanya depa ni pun guna channel2 komuniti mcm ni gak...... siapa la aku ni.

OK mari berkicau twett..twett
Dr A
JK@2.55
21/4/09

Buku Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan

Salam.

Hari ini saya nak bercerita sikit pasal buku saya ini. Buku ini sedikit sebanyak menceritakan perjalanan hidup secara ringkas(yang relevan kepada tajuk). Dengan kepercayaan bahawa dengan ilmu yang benar pada usia yang awal, kita mampu menyediakan diri untuk menjadi jutawan dalam tempoh terdekat akan datang walau apa pun yang kita lakukan. Isi terpenting ialah menyediakan diri kita untuk matlamat itu. Yang kedua adalah mencukupkan ilmu-ilmu mengenainya sebelum kita dapat menggandakan kewangan kearah jutawan abadi dan beriman yang memakmurkan orang lain. Seterusnya mengekalkan status tersebut sehingga akhir hayat dan memindahkannya untuk yang tinggal dan bekalan di alam kubur dan akhirat. Bukan kah sebaik-baik ilmu itu adalah ilmu yang benar, disebarkan dan dimanafaatkan oleh ramai orang. Harap beli yang original dan menafaatkan sebaik-baiknya ilmu yang ada.

Amin

Dr A
JLN KEBUN@12.22pm
21/4/09

ps: buku ini diterbit ole PTS pada 5/3/09 berharga RM12.90 sahaja. Order dari penulis dapat diskaun hebat. email ke jutawanmarhaen@yahoo.com.my

Jutawan Marhaen-selamat berkenalan

Salam untuk semua. Saya bukanlah insan yang arif dalam bidang blogger; hanya sebagai pemerhati dan pembaca sahaja. Namun hati ini sentiasa ingin tahu dan belajar untuk menjadi seorang blogger. sehinggalah hari ini barulah impian ini tercapai.

Jutawan marhaen? Kenapa saya memilih nama ini sebagai identiti saya. Pertamanya moto saya ialah untuk menjadi jutawan biasa di dunia yang biasa. Adakah saya telah menjadi jutawan? Kalau jutawan rm, belum lagi tapi insyaAllah kalau jutawan dari ilmu dan diri sebagai mana di dalam buku saya yang bertajuk "Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan". Sebenarnya tajuk asal manuskrip buku adalah "Jutawan Marhaen". Kerana saya yakin semua orang boleh menjadi jutawan. Disebabkan faktor komersial dan penerbit menasihati saya untuk mengubah tajuk tersebut, maka saya bersetuju dengan tajuk tersebut. InsyaAllah ia akan terbit pada 5 mei 2009 ini. Baca-bacalah.......

Maka blog ini saya dedikasikan untuk kita berbualbicara bagaimana kita boleh menjadi jutawan walaupun kita bekerja dengan orang, menjual goreng pisang dan yang biasa-biasa.

Kerana menjadi kaya adalah hak kita; menjadi miskin juga pilihan kita.

amin

DR A
20/4/09