Monday, April 20, 2009

Buku Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan

Salam.

Hari ini saya nak bercerita sikit pasal buku saya ini. Buku ini sedikit sebanyak menceritakan perjalanan hidup secara ringkas(yang relevan kepada tajuk). Dengan kepercayaan bahawa dengan ilmu yang benar pada usia yang awal, kita mampu menyediakan diri untuk menjadi jutawan dalam tempoh terdekat akan datang walau apa pun yang kita lakukan. Isi terpenting ialah menyediakan diri kita untuk matlamat itu. Yang kedua adalah mencukupkan ilmu-ilmu mengenainya sebelum kita dapat menggandakan kewangan kearah jutawan abadi dan beriman yang memakmurkan orang lain. Seterusnya mengekalkan status tersebut sehingga akhir hayat dan memindahkannya untuk yang tinggal dan bekalan di alam kubur dan akhirat. Bukan kah sebaik-baik ilmu itu adalah ilmu yang benar, disebarkan dan dimanafaatkan oleh ramai orang. Harap beli yang original dan menafaatkan sebaik-baiknya ilmu yang ada.

Amin

Dr A
JLN KEBUN@12.22pm
21/4/09

ps: buku ini diterbit ole PTS pada 5/3/09 berharga RM12.90 sahaja. Order dari penulis dapat diskaun hebat. email ke jutawanmarhaen@yahoo.com.my

1 comment:

  1. En. Azman, kita bertemu di Kedai Buku Popular, Jusco, Bukit Raja. Terima kasih banyak atas recommendation En. Azman untuk membaca buku ini.. Gaya penulisan yang menarik. Terasa seperti dinasihat oleh seorang ayah pula bila membaca buku ini. Saya telah rekomenkan kepada beberapa kawan saya yang juga ulat buku untuk sama2 membaca buku ini. Dan saya juga telah tahu buku apa untuk dihadiahkan kepada bakal2 graduan semasa konvokesyen mereka.
    Semoga En. azman akan menghasilkan buku lain yang sama atau lebih berkualiti untuk berkongsi ilmu dengan orng lain. mohon maklumkan kepada saya jika En.Azman ada buku baru ye.

    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete